Thursday, November 4, 2010

apakah maksud disebalik ayat me'reject' luahan cinta seseorang ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua...dalam entry kali ni mimi nak bersantai santai sikit...Tapi artikel mimi kali ni ada ciri ciri ilmiah dan pengetahuan am jugak tau disamping santai santai nih....So, ari ni mimi nak post pasal luahan cinta korang yang direject oleh lelaki atau perempuan yang korang 'admire'.....






Mesti ramai antara korang tak kira la boy or gurl pernah meluahkan perasaan cinta korang yang tulus ikhlas dan jujur kepada buah hati korang kan? Proses meluahkan perasaan atau melamar pasangan ni memang la tersangat penting dalam sesuatu perhubungan tu...betoi tak?

Kalau si dia menerima atau berkata 'YA' pada pengakuan cinta korang tu, opkos la korang melompat kegembiraan kan? mane tak nya... cinta yg korang pendam pendamkan selama ni dah berbalas n boleh la korang meneruskan perhubungan yang lebih intim dengan si dia ataupun terus je masuk meminang....kehkeh ;)
Macam mana lak kalau si dia menolak hasrat cinta korang tu? mesti frust menonggeng dibuatnyakan? biasanya si dia akan menolak dengan memberikan pelbagai alasan (biasanya alasan yang baik) untuk me'reject' niat murni korang tu... Yela... mane la tau si dia tak bersedia lagi ker. atau memang dah berpunya ker, ataupun nak menumpukan pada karier dulu.... Alasan2 tersebut biasanya digunakan tak kira oleh si Lelaki ataupun si Perempuan yang me'reject' itu......haa termasok lah si empunya badan yang dah me'rejact'someone niehh..huhu sungguh kesian.alasannya seperti di atas masih belom bersedia n nak menumpukan pada karier .kahkah..lawak lawak ;)




Walaupun begitu, tahukah korang alasan alasan toh sumenye ada maksud tersirat? sebenarnya alasan alasan yang diberi tu just 'surface' jer n nak menyedapkan hati korang jer.... Nak tau apa maksud disebalik frasa frasa penolakan diaorang terhadap cinta korang toh? mari kita terjah bersama sama melodi.zasssssss...cewahh.hehe

AMARAN : BAGI MEREKA (INSAN DIREJECT) YANG LEMAH SEMANGAT DAN MEMPUNYAI HATI YANG SELALU BERSANGKA BAIK KEPADA SESAMA INSAN, DINASIHATKAN JANGAN MEMBACA ARTIKEL. JIKALAU BACA JUGAK, ANDA MUNGKIN LEBIH FRUST MENONGGENG NANTI DAN MUNGKIN AKAN MENGALAMI BATUK BATUK KERING DAN TUMBUH KETUAT DI MUKA HAHA...MUEHEHEHEHE.....






Untuk panduan : Ayat yang berwarna purple adalah maksud tersirat disebalik ayat yang dilafazkan/diucapkan secara zahir.....

Ayat 'Reject' PEREMPUAN

1. Saya dah anggap awak sebagai abang saya sendiri.....

Maksud Sebenar : Ko ni da macam pelawak dah depan aku... tak romantik langsung...

2. Perbezaan umur kita jauh......

Maksud Sebenar : Aku taknak orang ingat ko bapak aku lak nanti....

3. Saya bukan perempuan yang sesuai untuk awak...awak cari la orang lain...

Maksud Sebenar : Sape la yang nak berdampingan dengan ko....ucyks!....

4. Kehidupan saya terlalu komplikated skang ni...Maybe lain masa yer...

Maksud Sebenar : Aku taknak nanti bila ko berdampingan ngan aku ko akan dapat tau aku berpacaran dengan 10 lelaki lain.... Pengsan ko nanti....

5. Saya dah ada boyfriend......

Maksud Sebenar : Aku lebih rela couple dengan kucing aku kat umah!

6. Saya just fokus kat kerja wat masa ni.....

Maksud Sebenar : Walaupun kerja aku ni membosankan n meletihkan, tu lagi bagus dari keluar dating dengan ko lepas ni.....

7. Sorry, Saya tak 'date' dengan rakan sekerja/classmate saya

Maksud Sebenar : Dah la stadi/keje ni semakkan otak aku... Ni kalau 'couple' dengan ko lagi la semak

8. Rasenye, Lagi bagus kite berkawan

Maksud Sebenar : Kalau kita berkawan, senang sket aku nak citer masalah2 aku dengan Boyfren2 aku n ko boleh jadi 'tayar spare' aku bila aku dah bosan dengan Boyfren2 aku nih......





Ayat 'Reject' LELAKI

1. Saya dah anggap awak sebagai adik saya sendiri.....

Maksud Sebenar : Ko ni huduh
2. Perbezaan umur kita jauh......

Maksud Sebenar : Ko ni huduh

3. Saya bukan lelaki yang sesuai untuk awak...awak cari la orang lain...

Maksud Sebenar : Ko ni huduh!

4. Kehidupan saya terlalu komplikated skang ni...Maybe lain masa yer...

Maksud Sebenar : Ko ni huduh!
5. Saya dah ada girlfriend......

Maksud Sebenar : Ko ni huduh!

6. Saya just fokus kat kerja wat masa ni.....

Maksud Sebenar : Ko ni huduh!
7.  Sorry, Saya tak 'date' dengan rakan sekerja/classmate saya

Maksud Sebenar : Ko ni huduh!

8. Rasenye...lagi bagus kita berkawan sahaja.....

Maksud Sebenar : HUDUH2 PUN NAK KAPEL NGAN AKU!!!CIT POODAH!!!



Amacam? tu la maksud sebenar disebalik ayat ayat me'reject' depa toh...... yang banyak banyak bagi alasan toh mengarut jer.... korang pulak kene la terima kenyataan bahawa korang adalah produk 'reject'....hahahaha......kidding..jangan marah haa .t cepatt tuee..weee ;)

adios...

No comments:

Post a Comment

Followers